Selamat Datang......

Menjual Pelbagai Jenis Batu Permata,
Sedia Menerima Tempahan Cincin, Gelang, Rantai Dll, Dengan Ikatan Emas, Perak, Suasa.

Khamis, 28 April 2011

Loket Emas Batu Zamrud

Loket Emas Permata Batu Zamrud ini telah ditempah khas oleh Staf  USM.

Jumaat, 22 April 2011

Cincin Emas


Contoh Cincin Emas Permata Batu Zamrud bagi Wanita.

Rantai Tangan Batu Kecubung

Rantai Tangan ini telah diminta oleh pemiliknya untuk menukar Permata Asal Dengan Batu Kecubung.

Ahad, 17 April 2011

Batu Zamrud

Harga : RM 480.00

Cincin Batu Nilam

Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand, Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika.
Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru.
Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan  dan  tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan september
 
Harga : RM 580.00

Sabtu, 16 April 2011

Batu Kecubung ( Gred A )

Kecubung atau juga dikenali dengan nama Amethyst adalah merupakan batu permata berwarna ungu. Variasi warna dari Kecubung adalah ungu, lilla, lembayung muda. Kualiti yang terbaik adalah yang dilihat transparan/tembus pandang.  
Batu perhiasan ini sering diberikan sebagai simbol dari ketulusan hati, rasa nyaman dan kedamaian hati. Selain itu kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya, ia juga digunakan untuk meningkatkan kekuatan bathin/spiritual serta kewaspadaan intuitif seseorang. Serta digunakan untuk meredakan sakit kepala. Legenda mengatakan, menggunakan Amethyst atau minum dari cawan yang terbuat darinya, akan mencegah terjadinya keracunan.

Khamis, 7 April 2011